CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 12 May 2011

peringatan untuk kita....

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

 ~surah An-Nuur ayat 31~

Monday, 9 May 2011

tips2 sebelum nk exam.. exam?? dub dap dup dap....

 Persediaan hati

Persediaan hati lebih banyak mempengaruhi kedua-dua persediaan lain, cuma ia tidak nampak secara zahir. Hati yang bersih memudahkan seorang muslim itu mendapat petunjuk dan bimbingan Allah lantas memudahkan dia menuntut ilmu yang suci. Antara caranya ialah dengan memperbanyakkan amal ibadah kerana Allah dengan memasang niat yang benar dan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
• Persediaan akal

1. Pastikan mempunyai mind set bahawa peperiksaan merupakan satu perkara yang positif untuk seseorang itu berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai sesuatu.
2. Berlatih menjawab past year question.
3. Jadikan study room anda sebagai operation room dengan menampal:
• kata-kata seperti “Allah bersama orang-orang yang berusaha” atau gambar- gambar yang dapat menaikan semangat anda.
• Tarikh dan tempat peperiksaan
• Countdown seperti ” 1 week to go”
• Peta minda
• Persediaan jasmani
Jaga kesihatan, bermula dari persiapan awal sehingga melangkah ke dewan peperiksaan untuk mengelakkan anda berasa bimbang dan terganggu emosi. Antara cara-caranya ialah:

1. Tidur yang cukup


2. Jaga pemakanan yang bersih (halal) dan seimbang.

3. Bersenam
4. Jaga Keselamatan
Akhir kata, Senoryta ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar Malaysia terutama kepada warga-warga IPG n terutama IPG KAMPUS PERLIS. Kuatkan semangat dan usaha. Pastikan kita tidak lupa berdoa dan berserah kepada Allah selepas berusaha. Semoga kita semua berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.

petua- petui orang tua-tua...banyak taw kebaikannya kalu kite ikot petua2 ni...

PetUA2 _  PART TWO.. Dua...  Loro...



Petua-petua di bawah ini adalah petua turun temurun yang diceritakan oleh rakan-rakan. Aku kumpul dan compile jadi satu, senang nak rujuk kemudian hari. Mungkin ada yang dah pernah mengamalkannya. Apa salahnya kita berkongsi.
Sebelum aku teruskan, ada satu pesanan. Kalau tak yakin, jangan ikut. Petua-petua ini tidak mendapat pengiktirafan dari badan-badan kecantikan dunia. Hanya mendapat ‘pengiktirafan’ dari nenek moyang sahaja. Amalkan di bawah risiko anda sendiri.
Kurangkan peluh di wajah
Basuh wajah hingga bersih kemudian lap hingga kering. Seterusnya ambil ketulan ais dan lumurkan ke wajah anda hingga beberapa minit. Tunggu sehingga kering dan kenakan solekan pada wajah seperti biasa. Peluh di wajah akan berkurangan dan wajah anda kelihatan bersih berseri-seri.
Buah pinang atasi kegemukan
Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk mengatasinya. Buah pinang muda  yang lembut dibelah dua lalu dicuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di dalam perut akan keluar melaluinya.
Melembabkan wajah
Sepotong tembikai yang masak dan sejuk diperah untuk mendapatkan jusnya. Tapis dan simpan jus tembikai di dalam bekas. Pupuk perlahan-lahan hampas tembikai ke seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering lalu percikkan sedikit air sejuk. Petua ini dipercayai dapa melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda.
Nenas putihkan kulit
Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu digosokkan pada kulit badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri.




Rambut selembut sutera
Untuk memperolehi rambut selembut sutera serta mudah disisir, amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. Keesokan harinya syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga kering lalu dirapikan dengan menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun. Jika anda berambut lurus, anda boleh menyikat terus rambut anda sebaliknya bagi anda yang berambut kerinting biarkan seketika barulah disikat agar rambut tidak terputus dan bercabang.

Hilangkan bulu ketiak
Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus. Campurkan sedikit minyak tanah lalu disapukan pada bahagian ketiak. Lakukan beberapa kali. Insya-Allah, bulu ketiak akan hilang selepas mengulanginya beberapa kali.

Kulit cantik dan putih
Inginkan kulit cantik dan putih? Anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke salun kecantikan. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya mengisarkan 1 cawan kelopak bunga mawar, 1 cawan kelopak bunga melur, 1/2 cawan oatmeal, 1 cawan susu putih, dan 1/2 cawan badam sehingga halus. Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air suam

insyaAllah... tidak salah kalau kita nak mencuba ini semua.. yang penting benda2 tu smue halal ye.. ianya lagi baik daripada kita wat plastik surgery tu kan3??

Untuk Kesehatan Diri~

CATALYST VIRGIN COCONUT OIL?? APE TU YER...
INGINKAN SESUATU PERUBAHAN DENGAN KESIHATAN DIRI N KULIT ANDA...??
JOM BACE NI... INSYA'ALLAH....


Hellopz world... hehe.. Assalamualaikum semua... 
pernah dengar x VCO.. mesty ade yang pernah dengar dan ade yang x kan?? so.. now are-que nk kongsi sikit pasal apa itu VCO ni.. NAK DENGAR X????  baik kowang dengar.. if x,... hahhaa... ~joke~




Apa itu VCO?
VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit. 
Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit berminyak ,kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.
selain itu, ada jugak testimoni dari kawan2 kita yang dah tru makan VCO ni kate, dapat kurangkan sengugut, alergic pada makanan seafood, n yang paling are-que ske... dapat meningkatkan metabolisme badan... (i loike)
are-que ni dah la ade sakit metabolisme x kuat.. hhuhuhu

VCO ada 2 jenis. Ada yang liquid dan ada yang softgel. 
Yang saya utarakan ini ialah VCO soft gel.





softgel VCO ni senang je nak makan.. korang semua bukak mulut luas2 then ngap terus... hehehe...
act, softgel ni senang je nk makan... dia lembut je mcm ala2 kita makan softgel minyak ikan masa tecik2 dulu-dulu...
ia jugak bukan setakat boleh makan begitu sahaja.. makan ngan nasik pun boleh.. opssss...
boleh makan mcmtu saje or gunting sikit atas softgel tu, then sapu kat muke waktu malam2 b4 nk tdo... makan pulak just makan 2 biji sehari, makan waktu pagi satu, waktu malam satu...senang je kan? xsmpai 1 minit..
tp hasilnya.. WOW ! AMAZING.. INSYA'ALLAH...
yang penting kowang kene la rajin makan jugak.. jangan la makan ari ni sekali pastu seminggu kemudian makan lagi.. mane nk nampak hasilnya cik akak n cik2 abang sekalian semester.. hehehe... 
dalam satu botol ni ada 60 biji... 2 biji sehari.. jadi 1 botol untuk sebulan...


diringkaskan crte :
cara nak makan : 2 kali sehari_ malam 1.. pagi 1
boleh juga sapu dimuka...
makan istiqomah...

KEBAIKAN VCO

  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
  • Jerawat cepat susut
  • Regular semula PMS anda
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Kesuburan
  • Mengurangkan up to 70%
  • Kurangkan rasa senggugut
  • Batuk dan Selsema cepat hilang
  • Mengurangkan tidur berdengkur



jom kite layan testimoni yang menggunakan VCO ni...
pict ni are-que pnjm kat kakak CPM Honey .. dia la antara yang sudah menggunakan VCO ni..
dan dia pun tersangat Shantek... 





ni la akk tu.. cun kan...



JOM LAYAN TESTIMONI2 NI...














virgin coconut oily

kelapa dara mengandungi medium chain Triglycerides (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT mempunyai kesan nutrien yang sama dengan air susu ibu.

-DR JON J. KABARA, Ph.D.
professor Emiritus,
Michigan State University.

tiada yang dapat mengurangkan berat badan sebanyak 36 pounds stahun tanpa penukaran diet pemakanan kecuali minyak VCO yg digunakan sangat menakjubkan.

-Dr.Bruce Fofi.
Pengarang buku bru Eat Fat.
Look Thin: A Safe a natural Way to Lose Weight Permenantly.

RM39.90 (semenanjung malaysia)
RM43.90 (sabah sarawak)
*PM if berminat
*exclude postage

kira-kira 50% asid lemak dalam lemak minyak kelapa dara adalah lemak asid laurik. asid laurik adalah rantaian asid sederhana yang mempunyai fungsi tambahan iaitu dibentuk menjadi monolaurindalam tubuh manusia atau haiwan. monolaurin adalah monogliserid bercirikan antivirus, antibakteria dan antiptotozoa yang digunakan oleh manusia atau haiwan untuk memusnahkan virus-virus yang berselaput lipid seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria potogenik termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylon, dan protozoa seperti glardia lamblia. beberapa kajian juga telah menunjukkan sedikit kesan antimikrob asid laurik bebas. maka, terbukti bahawa minyak kelapa dara adalah makanan berfungsi yang membri pelbagai khasiat kesihatan

- Dr Marie Enig.
University Maryland USA


Saturday, 7 May 2011

petua- petui orang tua-tua...banyak taw kebaikannya kalu kite ikot petua2 ni...

PETUA- PETUA  ( PART 1)





Ini adalah himpunan petua orang orang tua yang cukup berguna untuk kehidupan anda. Kebanyakan nya berkisar mengenai apa yang anda buat di dapur.
orang tuaHilangkan Pahit Sayur Peria
Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi. Insya’allah, mesti berkesan.
Cara Masak Air Dengan Cepat
Kadang-kadang kita terlupa memasak air. Oleh itu untuk memasak air dengan lebih cepat masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air kemudian masak. Mungkin air anda akan masak dengan lebih cepat. Selamat mencuba.
Cara Masak Air Cepat Dengan Gula
Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat pulang kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan lagi ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula. Selamat mencuba.
Cara Cuci Bersih Sayuran Dari Kekotoran Dan Ulat
Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi.

1 family, kasih sayang x terhingga~!



ok ni my baby.. comei kan...

name           : Fatin Humaira Binti Fairul Nizam...
mom name  : Not my name... =p  = Hamilah Bte Hj Kamis...
age             : 6 Month.. (tapi berat dah macam umo setahun)
address      : KoLumpo... (danau kota)
now           : dah pandai nk angkat punggung untuk merangkak...
yang tudung hijau2 biru tu.. mak tam die.. hahhaa... (glemer kan name i...)

ha...guys.. ni la anak menakan= anak sedara= my niece = anak kakak ku...
baby ni adalah anak sedara senoryta yang ke chopp3... lupe...
anak ke... ha... 5..
mase dapat baby ni kan.. senoryta happy sesangat sbb,,,

ni la anak sedara perempuan senoryta.,. b4 ni semue hero...
n kini.. bertmbah lg seorang lagi geng humaira... haha,,, siti Aisya~ anak along pulak...
waaa.. dah mcm tua dah senorytakan.,.. dah 6 anak sedara.., n becoming 7 pule.. huhuhu,,


pe pe pun. alhmdulilah... syukran, rezeki tuhan...
ni baru anak sedara, kalu anak sendiri?? ngeeee.....
no komen!~ sebb senoryta lom kawen... =p



ni lak syazwan.. anak sedare yang ke 4... umo die 2 tahun..
sangat2 comei n manje... syazwan  senoryta  ni anak along...
yang lain2:
1 : M. Safwan - 13 thn
2 : M. Sufyan  - 8 thn
3:  M . Saffiy   - 7 thn
4. Siti Aisya    - 3 bln...
(ni anak along)

1 : Fatin Humaira (ni anak ude)

i lebiu guys... garang macam ne pn mak tam ni kat kowang.. tp i still luv u guys...
i garang sbb u all ni nakal.. hahaha...