CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 9 May 2011

tips2 sebelum nk exam.. exam?? dub dap dup dap....

 Persediaan hati

Persediaan hati lebih banyak mempengaruhi kedua-dua persediaan lain, cuma ia tidak nampak secara zahir. Hati yang bersih memudahkan seorang muslim itu mendapat petunjuk dan bimbingan Allah lantas memudahkan dia menuntut ilmu yang suci. Antara caranya ialah dengan memperbanyakkan amal ibadah kerana Allah dengan memasang niat yang benar dan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
• Persediaan akal

1. Pastikan mempunyai mind set bahawa peperiksaan merupakan satu perkara yang positif untuk seseorang itu berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai sesuatu.
2. Berlatih menjawab past year question.
3. Jadikan study room anda sebagai operation room dengan menampal:
• kata-kata seperti “Allah bersama orang-orang yang berusaha” atau gambar- gambar yang dapat menaikan semangat anda.
• Tarikh dan tempat peperiksaan
• Countdown seperti ” 1 week to go”
• Peta minda
• Persediaan jasmani
Jaga kesihatan, bermula dari persiapan awal sehingga melangkah ke dewan peperiksaan untuk mengelakkan anda berasa bimbang dan terganggu emosi. Antara cara-caranya ialah:

1. Tidur yang cukup


2. Jaga pemakanan yang bersih (halal) dan seimbang.

3. Bersenam
4. Jaga Keselamatan
Akhir kata, Senoryta ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar Malaysia terutama kepada warga-warga IPG n terutama IPG KAMPUS PERLIS. Kuatkan semangat dan usaha. Pastikan kita tidak lupa berdoa dan berserah kepada Allah selepas berusaha. Semoga kita semua berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.

1 comment:

  1. terima kasih faize sbb sudi share..
    =)
    goodluck 4 exam dear..!

    ReplyDelete

coment dari nazir2 sekolah