CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 21 April 2011

afif n salima????



tolong3... 


terasa hati terguris bila mana ternampak gambar dua merpati sejoli entah apa cerita dua orang ini salima af4 dengan afif af9... tidakk...... (ter EMO pulak are-que ni kan) T___T


adakah mereka masih bercinta?
ADAKAH masih bermesra seperti dalam gambar? 
adakah mereka ini masih.... 


tolong lah terangkan !

XD .... wahahhaha... 
hoi afif, kau dengan salima sekarang ni pun masih rapat rapat cenggini ke? walaupn ak x layan af sbb duk uma sewa ni.. di sebabkan uma sewa are-que xde astro..

(mom, i nk pasang astro kat uma.. mak sapot leh x?? hahhaha).

tp ak still ske kat hang.. hang paham x??? (hahaha.. mcm la si alip  afif no kenal ak) DaMMM~ ^__^


afif.. plzz la.. tolong bgtaw kami perkara sebenar.,.. 


gegeh~!



pict ni la yang mmbuatkan ak rase... arghhh... 


hahaha.. (emo gile minah ni kan??)


anyway, kalu benar ape yang tersurat.. kami sebagai peminat2 anda.. mendoakan kebahagiaan anda yer...
(nada pasrah)  sob3... ='(




P/s: jangan la cemburu ngn kebahagiaan orang lain...




jom kite layan afif nyanyi


Wednesday, 20 April 2011

pai apple yang sangat sedappp...nyummy~

mase ngah bulan pratikum aritu kan.. are-que n my fren gi tdo uma mak angkat are-que kat bonggol eh.. banggol sena... kitrng tdo sbb esok hari kat sekolah ade gotong royong.. so, kami2 ni malas nk g berulang alik.. dah la ari sabtu.. waktu yang sedap lepak2 uma.. tp kami terpakse g sekolah demi untuk gotong rayong.. hahha.. xpe2 berKHIMAT DEMI ANAK BANGSA... tu dia.. semangat anak Malaysia uu.... hahaha... 

di short kan setori are-que ni... malam tu kak angkat ku yang paling comei di abad ini.. telah dengan berbesar haty mengajar kami membuat pai apple...(pssshh: walaupn sebenarnya dia pun 1st tyme nk wat pai ni) ngeee..... 
jom kite nengok bahan2 nye,,,



Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

  • 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
  • 200 g gula pasir
  • 50 g kismis
  • 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • UNTUK DOH PIE :-
  • 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
  • 200 g mentega
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 250 g gula halus

cara2 nak bikin ini pai..

Cara-cara

 Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.

Cake_and_muffin_004 
Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.

Cake_and_muffin



  1.  Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  2.  Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.

Cake_and_muffin_007


  1.  Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
Cake_and_muffin_009




  1.  Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba...............
Cake_and_muffin_008



nengok2... sedap kan... meh pakat wat ramai2 pahtu anta kat are-que taw..
 hikhikhik..
 bia are-que jd tukang tester pai korang?? ok??? care ar...  hehehe...
selamat mencuba..
rugi kalu korang x cube..
sebarang pertanyaan leh la hubungi saye di no.. 019344 tekan2 xdapat.. 
whahahha..



(pss: abai kan no 1 1 1 kat page ni.. tulis tyme tgh ngntuk bangat... hahaa)



35 tips kalu nk jadi pandai... ngeee...

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang dan x bpe nak cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)







ha.. banyak mane pun tips2 yang kite dapat.. tapi kalo diri sendiri x mau berubah.. 1001 tips pn x dapat nak tulun tolong kita, ryte readers?? 
jadi.. renung2 kan la bersama2.. dan selamat beramal.. heheh...
so, pade readers yang tgh nak amek final ke.. exam ke... ujian ke... interview ke.. ape2 ke.. gud lux yer.. jangan main gile.. hahah.. 



muhasabah diri kita bersama eak..




Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W



at lye huat garden..
tempatnya cantik bangat..
silalah bawak anak2 murid or anak2 anda disana..
pasty mereka menyukai nyer... 
haha..
(mcm promoter lak ak rase)..

Saturday, 16 April 2011

my 1st post...

hai,,

this is my first post!

xtahu la nk kate ape...
but... disini la detik perkenalan kita semua...

kat sini~~ are-que mengungkapkan cerita...
ikhlas dari hati yang mengharapkan perubahan..

.

change?? Yes!!




Gorgeous to be~~~



salam perkenalan!!